Showing posts with label botol susu. Show all posts
Showing posts with label botol susu. Show all posts
Wednesday, December 5, 2012
Friday, March 23, 2012
Baby precious- botol susu tupperware
Harga promosi mulai 13 Feb- 31 marchl 2012 sahaja :
11100030 PRECIOUS BABY COLLECTIONSet mengandungi:
1/One toucH canister small with print 2L (sebiji)
2/Baby bottle (2 biji) 8oz
3/Baby bottle cap & collar (2 butir)
4/new tri-flow teat (2 butir)
5/gift box
Harga biasa /retail RM105.00
Harga promosi: RM89.30 (save 15 %)
Istimewa promosi ini (Exlusive purchase)
6/ 11100773 FORMULA DISPENSER (1)
Harga Biasa RM24.90
Harga promosi RM16.90 jimat 30%
(dengan setiap pembelian PRECIOUS BABY COLLECTION )
jika anda beli semua sekali SATU SET LENGKAP, hanya RM106.00 kos penghantaran percuma.Cara pembelian klik di sini.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengharamkan botol susu yg mengeluarkan BPA mulai 1 march 2012, Menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing. Sila rujuk Berita Harian 14 march 2011.
Jadi tunggu apa lagi, Botol susu tuppeRware sememangnya telah melalui ujian kesihatan dan kualiti, tupperware tidak menggunakan bahan Polikarbonat bagi pembuatan barangannya terutama botol susu. Sila rujuk lamanweb rasmi tupperware di sini. . Sebaliknya tupperware menggunakan bahan polypropylene yg selamat mengikut standard antarabangsa.
Sangat sesuai jika diberikan sebagai hadiah kelahiran baby baru.. kelas gitu. Siap ada kotak hadiah yg cantik. Elok juga kalau beli sekarang, bila nak hadiahkan orang, hadiah dah siap,sementara harga promosi.Rasulullah s.a.w juga menganjurkan ummatnya beri hadiah untuk mengembirakan orang. Jadi berilah hadiah yang sangat berharga untuk kesihatan bayi.Biasakan bayi anda dengan bahan bermutu mudah2an mereka akan menjadi insan yg berkualiti juga.
Apa kelebihan botol susu tupperware ini?
New tri-flow teat-puting 3 aliran1-Gentle flow (Mengalir perlahan)
2-Medium flow (Mengalir sederhana)
3-Stong flow (Mengalir deras)
* Fungsi tri-low ini membantu aliran susu berada di Vakum rendah, supay dapat mengurangkan symtom sedu.
*Aliran susu bleh dilaras
*Nombor di'embossed'(ditekat) supaya boleh disentuh dalam gelap/malam.
*Puting susu tidak tumpah (spill-proof).
*nombor aliran berkedudukan di atas bilamana botol menghadap ke arah bayi.
**Penghantaran percuma ke seluruh semenanjung**
Cara pembelian , mudah . Klik di sini.
Carta di bawah menunjukkan bahan yang biasanya digunakan dalam pembuatan produk plastik dan tupperware.
Monday, March 14, 2011
Kerajaan haramkan botol susu polikarbonat 'Bisphenol A'

KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari AriffinPUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya. Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.
"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".
Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.
Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.
Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.
"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.
Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.
Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.
sumber: Berita Harian 14 March 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)



