Sunday, May 13, 2012

Serikan petisejuk anda dengan freezerrmate ungu


TAWARAN HEBAT LUARBIASA dari 13 mei hingga 30 Jun 2012:-
warna Ungu, warna biasa biru muda. Siapa belum ada Freezemate (FM), berbaloi beli kali ini.
Harga tawaran bagi Set A580-FreezeMe 6pc Set mengandungi:-
         1.FreezerMates Large II (2) 3.1L [30cm (L) x 22.5 cm(w) x 7.7 cm (h)]
         2.FreezerMates Medium II (2) 1.5L [22.5cm (L) x 14.9 cm(w) x 7.7cm (h)]
         3.FreezerMates  Small II (2) 650ml [14.3cm (L) x 11cm(w) x 7.7 cm (h)]
 dengan harga RM194.00

Dengan set A580 in anda akan dapat percuma (4 biji):
FreezerMates Medium II (2) 1.5L [22.5cm (L) x 14.9 cm(w) x 7.7cm (h)]
FreezerMates  Small II (2) 650ml [14.3cm (L) x 11cm(w) x 7.7 cm (h)]

Anda berpeluang pula membeli Deep Freeze with dail:(11101975)
3.30L [22.6cm (L) x 11 cm(w) x 19.4cm (h)]
dengan harga tawaran RM34.90 sahaja. Harga asalnya RM49.80.

Bonus jika anda membeli  dari 14 mei hingga 27 mei 2012 .
Freezermate medium I- 2 biji  bernilai RM39.40 percuma!

Frezeer mate adalah nama bagi salah satu produk popular Tupperware. Sesuai dengan namanya , kegunaan utamanya ialah di dalam freezer (ruang beku) pada peti sejuk anda. Namun itu bukanlah bermakna ia tak boleh diguna ditempat lain Cuma stuktur freezer mate ini direkacipta sesuai untuk kegunaan dalam suhu beku. Freezermate mempunyai ciri2 berikut:-
1-Nipis dan anjal-sesuai dengan bahan yg membeku
2-Lutsinar-boleh lihat apa isinya
3-Bucunya melengkung (tidak segitepat walaupun bentuk freezermate adalah segiempat)-elak melekat dengan freezermate disebelahnya.
4-Dinding yg tak sekata, ada bahagian yg terkeluar sedikit supa ia tidak melekat antara freezer di atas dan dibawah-senang dikeluarkan dari freezer.
5-Penutup yg nipis dan senang dibuka berbanding produk yg lain yg kedap udara seperti modula mate dan one touch.
6-Nyah bau. Jika anda biasa guna freezermate anda akan perasan bahawa ia dapat menyah bau bahan yg disimpan dan tentunya anda akan jimat masa kerana tak perlu cuci freezer lagi.



Dengan ciri2 diatas tentunya peti sejuk anda akan berubah wajah. Bukan setakat cantik tersusun, ianya praktikal, jimat masa, tak berbau dan bergaya (elegant). Sila baca tips mengguna freezermate di ruang kanan blog ini.

Ada juga orang tanya kenapa freezemate ni nipis macam ‘local’ plastik jer. Sebenarnya kenipisan freezermate ini mempunyai fungsi yang istimewa sesuai dengan kaedah fizik bagi sesuatu bahan yg membeku. Bila satu bahan makanan membeku maka ia akan menjadi berat ,keras dan mengembang. Cubalah anda masukkan makanan/bahan mentah dalam bekas yg keras dan simpan dalam freezer, tentu bekasnya akan terkoyak , retak atau bahan itu yang kan terkeluar dari bekasnya. Jadi freezermate direka supaya boleh mengembang sesuai dengan pengembangan bahan didalamnya.

Pastikan anda mendapat manfaat maksima dari wang yang anda belanjakan untuk freezermate. Bukan murah dan bukan mahal sangat jika dibandingkan dengan kegunaannya, ketahanannya , nilai keselamatan dan jaminan seumur hidup. Plastik yg digunakan untuk freezermate semestinya bermutu tinggi dan tidak akan meresapkan kimia ke dalam bahan makanan yg disimpan didalamnya. Dengan keadaan pencemaran alam yg semakin berbahaya, inilah masanya kita fikir apa yg baik untuk diri dan keluarga. Jika kita mampu elakkan dari menyimpan makanan dalam plastic berkimia (PET) dan elakkan diri dari bahayanya.

Demonstrasi freezermate menunjukkan bahan yg disimpan dalam freezermate mampu mengekalkan stuktur yg sama sepertimana ia mula dimasukkan. Anda boleh buat ujikaji sendiri dengan memasukkan daging segar yg dibeli pada masa yg sama dalam dua bekas, satu dalam freezermate dan satu lagi dibungkus dalam plastik biasa. Selepas 2 minggu anda akan lihat perbezaan, lepas sebulan lebih banyak perbezaan.Tahniah kpd mereka yg sudah menempah freezermate bulan ini.

No comments:

Post a Comment