Di bawah rangkai produk tupperware, canister dibezakan dengan penutupnya.Canister yg biasa, penutupnya rata dan perlu ditekan sekeliling tepinya. Ada canister yg penutupnya hanya perlu ditekan sekali di bahagian tengah yg mempunyai tanda anak panah. Produk yg ditekan sekali ini dinamakan 'One touch'. Biar apa pun gelarannnya inilah antara produk yg saya minat kerana senang ditutup dan dibuka dan ia berfungsi mengekalkan kerangupan.
One touch ini ada berbagai saiz mengikut muatannya dari 10L hingga yg paling kecil 600ml.Sesuai untuk mengisi biskut bukan sekadar biskut raya tetapi biskut tawar, biskut marrie, kacang goreng, keropok yg sudah digoreng, kerepek, cornflake, popcorn ,serbuk kari dan barang makanan yg kering.Sebaiknya kita letakkan kertas putih dibahagian dasar supaya dapat menyerap lebihan minyak jika ada.
Walaubagaimana pun produk one touch tidak sesuai untuk bahan yg lembab dan bahan makanan yg perlukan udara seperti keropok yg belum digoreng. Contohnya saya pernah menyiman gula melaka dan gula merah dalam one touch, dan ianya berkulat. Gula melaka dan gula merah lebih sesuai disimpan didalam produk'square round " dan dimasukkan dalam peti sejuk.
Selain barang makanan, 'One touch' boleh diguna untuk simpan barang perhiasan seperti HP, kunci dan barang berharga yg lain. Pada bulan jun 2011 samsung Galaxi telah membuat promosi 'One Touch' didasar laut... HP yg dimasukkan dalam one touch tidak dimasuki air tetapi gelombang masih boleh menebusinya. Produk One touch adalah air tight & water tight. Dan seperti biasa, kelebihan tupperware ialah ianya ada lifetime warranty. Sebarang keccacatan semulajadi seperti pereputan, pengembangan, pengelupasan atau pecah/retak akan diganti dgn yg baru atau diganti dengan produk yg senilai dengannya.
Tupperware adalah pilihan bijak bagi mereka yg memetingkan kualiti, inovasi, kreativiti, kesihatan dan kecantikan. Simpan makanan kita dalam bekas yg tidak mengeluarkan bahan toksid.Barang tupperware ni mahal, tapi berbaloi. Kalau yg murah tu bukan tupperware tapi tipuware...boleh dibeli di merata2 kedai plastik.
No comments:
Post a Comment