Sunday, February 28, 2010

Pertama kali kenal tupperware


Bermula di sekolah. Tengok kawan2 bawa tumbler tuperware.Dalam hati berkata-kata, nampak lain pulak bekas minuman ni. Ada gaya, tak tumpah, nampak manthob.
Itulah tupperware tahun 80an...tak banyak produk waktu tu. Yg saya ingat ada acuan agar2 bergerigi..sekarang dah tak ada. Dulu banyak bekas berbentuk bulat. Oh rupanya kakak saya masih lagi menyimpan produk 80an ni.. tengok lah betapa antiknya tumbler yg satu ni. Itu tak bongkar lagi yg duk dalam kabinet, yg mungkin boleh dibuat tukun tiruan.

Ada sekali saya terjumpa tudung tumbler yg dah pecah2 di rumah kakak. Saya ambil dan tukar di kedai tupperware di Kuantan. Kemudian bila saya ke Ipoh, saya bagi semula pada kakak saya."Eh boleh tukar ker?"katanya terkejut. Saya kata 'Boleh" malah kalau mereka tak dapat cari sparepart, mereka akan ganti dengan produk terbaru sesuai dengan harga yg kita beli dulu.

Kalau lebih harganya, perbezaan harga kita kena bayar, mereka tak akan bagi duit lebih. Untung kan? dapat baru lagi. Tapi yg biasa pecah atau reput ialah tudungnya sahaja, ok? Jiran2 pun selalu kirim produk 'cacat' untuk saya tolong tukarkan.Cuma kita kena tunggu pesanan barang yg hendak diganti kadang2 makan masa 2-3 bulan juga.

Saya sendiri dah dapat tukar dan ganti baru beberapa produk yg telah tidak dikeluarkan lagi oleh Tupperware. Antaranya bekas Kek/roti. Masalahnya yg lama tu besar saiznya,boleh muat untuk sebiji kek. Bekas yg baru ni lebih kecil tetapi cukup muat roti..Apa nak dikata , produk lama dah tak ada.Ambil sahaja lah yg baru.

Bila tak ada roti, bekas ini saya guna untuk meletakkan kopi pra campuran, milo 3+1 dll minuman yg self-wrapped, saya terbalikkan bekasnya. Mudah kita nak ambil.

Itu untungnya beli tupperware, ada lifetime warranty.Kalau rosak boleh ganti. Tetapi jika rosak itu disebabkan kecuaian diri, tanggunglag rugi. Jadi gunalah tupperware berhati-hati sesuai dengan harganya yg 'tinggi'.

No comments:

Post a Comment