Tuesday, March 1, 2011

Rahsia consultant tupperware


Biasa kita lihat iklan promosi seperti di atas dalam katalog tupperware. Sebagai pengguna bijak kita perlu melihat/memikir apa ada disebalik iklan. Kalau perlu bertanyalah kepada yg tahu kerana hal itu akan lebih menjamin wang kita berbaloi. Jangan hanya terpedaya dengan ajakan rakan atau ajakan mereka yg business minded semata-mata. Jangan pula kita abaikan iklan kerana menganggapnya hanya nak perabis duit kita , akhirnya kita rugi kerana persepsi yg salah.

Kebanyakkan iklan tidak menceritakan semua hal sekalipun perkara tu penting. Saya pun hairan kenapa maklumat dalam katalog tak lengkap. Bila saya sudah lebih setahun menyertai warga tupperware sebagai consultant barulah saya tahu. Dulu ahli tupperware dipanggil 'dealer' sekarang dipanggil consultant, nampak hebat bukan?
Dalam iklan dinyatakan anda cuma perlu bayar RM60 untuk jadi consultant. Tidak dinyatakan syarat lain dan ada juga yg kena kelentong dengan consultant yang mencari downline untuk naik ke taraf director.

Sebenarnya ada syarat lain iaitu anda perlu membeli produk tupperware bernilai minima RM150 dalam tempoh 21 hari dari tarikh daftar. Jika gagal, keahlian anda terbatal. Ada juga upline consultant yg baik hati, mereka hanya minta RM60 dan masukkan belian RM150 ke dalam akaun anda.Maknanya dia tolong andalah macam upline saya buat pada saya dulu.Sejurus jadi consultant dan dapat nombor ID, anda dah layak dapat diskaun 20% dari harga yg dinyatakan dalam katalog.

Syarat seterusnya,anda perlu membeli produk bernilai minima RM500 dalam tempoh setahun untuk kekal aktif. Tidak mesti tiap bulan beli barang. Jangan panik RM500 tu harga retail, anda cuma keluar RM400 sahaja (20% diskaun consultant, ingat?). Mula2 jadi consultant anda dah beli RM150 (syarat awal) jadi selebihnya cuma cukupkan RM350 lagi dalam tempoh setahun,tak ada masalah kan?.Kita beli barang berguna , berkualiti bukan beli barang cap ayam -satu pelaburan bijak. Beli sekali, rosak boleh tukar, reput boleh ganti.

Apa yg anda dapat selepas mendaftar?
Pastikan anda dapat ID consultant iaitu angka 6 digit
Sebuah beg hitam berisi stater kit, dan 3 biji tupperware modularmate
Harga modularmate MMII oval RM22.30, MM round II Rm13.90 X2 ,
jumlah nilai barang ialah RM50.10.

Jika anda mendaftar di bawah consultant yg baik, anda akan dapat hadiah lain yg harganya lebih kurang RM40.Hadiah ini sebenarnya diberikan oleh syarikat kepada anda jika beli stater-kit sebanyak 10 unit (RM600) sekali gus. Ada consultant yg ambil hadiah tu dan tak bagi kepada consultant barunya. Jadi pastikan anda mendaftar dibawah consultant yang pemurah dan ada pengetahuan.

Cubalah kira, sebenarnya anda tak bayar apa2 pun bila mendaftar jadi consulant tupperware kerana anda dapat barangan yg nilainya lebih kurang RM90.00. Tentang kebagusan produk tupperware rajin2 baca di sini.Beli sekali guna sampai mati. Tupperware ada lifetime warranty,ingat tu...kecuali rosak akibat kelalaian anda, itu sendiri tanggung la.


Consultant pun ada tahap nya.

Tahap paling rendah ialah consultant biasa iaitu anda baru menjadi ahli,belum ada down-line(Consultant tajaan)lagi.Pada tahap ini anda layak dapat 20% diskaun dari harga yg dinyatakan dalam katalog.Ianya berkuatkuasa serta merta bila anda daftar dan dapat no ID.Jika pada satu2 musim (biasanya 45 hari) katalog itu memaparkan diskaun, harga yg anda bayar ialah 20% kurang dari harga yg telah ada diskaun, Jadi sebagai pengguna bijak, belilah tupperware yg ada diskaun 20-35% pada satu2 musim. Bermakna anda dapat 40-65% dari harga runcit (normal price).

Contoh lihat gambar atas:
Produk Garlic n all keeper (2) 3L
RM119.80 retail
RM95.80 NOW save 20%
ini adalah promosi dari 14 feb-31 march 2011.
Jika anda consultant jika anda beli 2 biji, harga yg anda perlu bayar ialah RM76.64 sahaja. Kpd yg bukan consultant , harga anda ialah RM95.80 untuk dua biji seperti tertera pada katalog.

Tahap seterusnya ialah star consultant / VIP consultant.
Anda akan naik ke taraf star bila anda ada menaja 2 consultant. Pada tahap ini, anda layak mendapat diskaun 25%.Ia berkuatkuasa pada bulan selepas consultan ke-2 mendaftar. Contohnya tajaan pertama mendaftar bulan mac dan consultant ke-2 mendaftar bulan april, maka kelayakkan mendapat diskaun 25% bermula bulan Mei. Nak dapat tahap ni, pi cari 2 orang lain untuk jadi consultant, ok? Nak dapat tahap VIP kena ada 6 downline.

Tahap seterusnya -Director (ada beberapa tahap). Bila anda jadi ahli nanti anda boleh baca dalam buku2 yg ada dalam beg 'Rahsia' tu..., baca pasal overiding bonus dll. Kalau cerita banyak2 kang, korang pening langsung tak nak jadi cosultant ha ha..

meh tengok hadiah tupperware jika anda masuk jadi consultant bawah group saya..


Ada orang tanya, "habis kalau tak dapat cukupkan RM500 macam mana?". Tak ada masalah pun.. anda kembali ke status asal-jadi orang biasa bukan consultant tupperware. Sekurang2nya semasa jadi ahli anda dah dapat barangan bermutu dengan diskaun 20-25%. Tak ada rugi pun,sekurang2nya anda dah cuba. Untuk manjadi businessman/woman tupperware bacalah buku2 yg disediakan.Tak dapat saya nak cerita lebih2 sebab saya jadi ahli untuk pakai sendiri sahaja itu pun dah mencecah RM8k dalam tempoh setahun yg lalu .(group selling).

Kalau ada yg nak beli barang sahaja tak mahu jadi consultant pun boleh. Email saya di la_abwa@yahoo.co.uk. Saya suka belikan orang kerana saya dapat beli barang2 hadiah yg ada dalam katalog.Ha ha itulah rahsianya. Banyak lagi rashianya..tunggu saya akan cerita satu2 kemudian, insyaAllah 3x (Maher zain).

Ini kitbag indon... rasa nak jadi dealer indon jugak la.[sumber]
Baca juga tentang plan bayaran ansuran tanpa bunga di sini.

No comments:

Post a Comment