Tuesday, March 15, 2011

Plan bayaran ansuran tanpa bunga


Bila anda membelek2 katalog Tupperware tentu anda akan ternampak produk tertentu ada yg tercatat ayat 0% interest free consultant plan. Anda cuba cari maklumat lanjut pasti tak jumpa dalam catalog tu. Itu satu lagi rahsia catalog Tupperware. Hanya jika anda bertanya kepada stokist atau kpd mereka yg tahu barulah dapat jawapannya. Sekarang dengan melayari blog saya anda juga kan dapat jawapan percuma. Jadi selalulah mampir ke blog ini dan bertanyalah, insyaAllah yg mana saya tahu saya akan jawap, yg saya tak tahu saya kan Tanya kepada yang lebih tahu.

Pertama sekali anda perlu tahu bahawa produk Tupperware ini di jual secara direct selling dengan sistem MLM. Setiap catalog harganya 80sen senaskah dan jika beli 10 naskah harganya jadi Rm5 sahaja. Jika anda dapat upline yg pemurah, dapatlah 1katalog ini percuma setiap musim. Setiap catalog ada tempoh sahnya biasanya 45hari. Bacalah muka depan catalog dibahagian bawah tercatat tempoh sah. Bermakna selepas tarikh tersebut harga yang tertera akan berubah kpd harga asal atau sebaliknya akan ada harga promosi yang lain. Jadi anda kena bijak membaca dan mengambil peluang bila ada promosi kerana biasanya promosi itu hanya sekali setahun atau sekali sekala sahaja (limited release).

Selain catalog bulanan , ada juga catalog bermusim yang mana tempoh sahnya dari 3hari-3minggu. Katalog ini boleh disemak secara online tetapi yang online itu tak ada harga. Maknanya anda tetap perlu cari consultant anda atau pergi ke stokist.
Biasanya produk yg dicatatkan interest–free ini harga pasarannya melebihi RM180.00 dan tidak ada diskaun kecuali anda yg menjadi consultant akan dapat harga consultant iaitu diskaun 20-25%. Bila ada promosi produk berkenaan pada satu2 musim, ianya tidak akan termasuk dalam kelompok interest-free lagi. Sebagai contoh dalam catalog musim ini (14 feb-31 march 2011) hanya ada 5 produk sahaja yang bertanda interest free iaitu
1-Rice dispenser RM288.00
2-Tupperchef wok RM459.00
3-Modular mate essential set RM209.00
4-Freezermate essential set RM193.00 dan
5-Nano waterfilter RM2590.00

Jadi anda boleh pilih mana2 barang dari 5 produk itu sahaja dan syarat lain ialah
i)jumlah harga belian mestilah melebihi RM600 (dikira dari retail price)
ii)menggunakan credit kad Maybank, HSBC atau Citibank sahaja,
iii)Anda mestilah consultant, dan
iv)tempoh bayaran ansuran hanya 6 bulan sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya.

Setakat yg saya analisa selama setahun, modular mate dan freezermate essential belum pernah ada tawaran diskaun. Tetapi Rice dispenser dan cik Wok tu memang pernah ada diskaun sampai 20% dan dapat hadiah gratis (percuma daa..) jadi anda fikirlah sama ada nak beli tunai atau bayar ansuran tanpa bunga. (emm saya pun beli wok cara ansuran.. ha ha, nak cepat pakai, tak sabor2).Sah lah Tipah tertipu.

No comments:

Post a Comment