Sunday, June 26, 2011

Somebody want, somebody wont, So what?



Hari ini saya menalipon beberapa Tupperware bizcenter kerana ada permintaan dari rakan dan kaum keluarga untuk beli beberapa product tupperware yg ditawarkan dalam tempoh 14 mei-30 Jun 2011. Killer productnya ialah Squareround bercorak yg dinamakan snowflake wonder. Suatu set bekas menyimpan makanan yg sesuai untuk ditempatkan dalam peti sejuk, yg berwarna warni cantik berseri. Ramai orang bersungut, tupperware mahal, tapi di semua bizcenter tupperware produck ini sudah habis terjual dalam tempoh 10-14 hari dari tarikh katalog mula diedar. Tak ada rezeki la kalau nak beli bila dah menjelang tarikh akhir promosi,tunggu promosi akan datang saja la .

Itulah kehebatan tupperware. Ada orang kata mahal. Tapi masih ramai lagi yg menghargai kualiti dan tahu nilai wang. Barang tupperware ada jaminan sepanjang hayat jika ada kerosakan alami disebabkan cuaca seperti kereputan, pengelupasan, pengembangan, pecah dll. Bagi saya saat paling seronok bila barang lama yg dah reput dapat ditukar dengan barang baru yg cantik dan setara harganya... Dari penutup bekas yg longgar/pecah, senduk yg mereput hingga kepada bekas yg sudah pecah giler, semua dapat gantian baru. Kalau produk plastik lain, ke tong sampahlah akhir hayatnya.Itu namanya alah membeli menang memakai.

Teringat satu ketika dalam perhimpunan bulanan tupperware ditempat saya (Kuantan), kami telah diberitahu tetang konsep SW dalam perniagaan. SW maknanya:-
Somebody want
Somebody wont
So what?

Maknanya dalam perniagaan, ada orang mahu, ada orang menolak, jadi tak ada masalah. Kalau sorang tak mahu beli kerana mahal, ada orang lain yang tercari2 dan ternanti2. Cuma mungkin orangnya berbeza jadi kenalah si penjual rajin buat promosi. Hari ini orang tak heran dengan barang yg kita promosi, esok lusa orang bertanya pula. Jadi kita tak usah putus asa...cuma janganlah kita memaksa. Masing2 kita ada masalah, jangan pula kita menjerat. Ada orang suka bagi barang dulu..paksa orang ambil. Tiapa bulan mereka datang kutip bayaran. Pengguna rasa serba salah lebih2 lagi jika kaum kelauraga tau kawan sepejabat. Ambil juga tapi bersungut dibelakang. Tentu tak berkat jual barang secara paksa rela begini. Elakkanlah.

No comments:

Post a Comment