Thursday, September 1, 2011

Modular mates datang lagi dgn tawaran hebat



Mujur juga saya ke Tupperware biz center hari ini. Rupanya ada offer sepanjang September 2011 ,tawaran tambahan selain tawaran dalam katalog Ogos-Sept. Kepada yg berminat untuk menyusun atur dapur lepas raya ni, cuba intai2 tawaran ni. Tak perlu ada kabinet baru nak beli tupperware, malah yg tak ada kabinetlah yg perlu tupperware supaya makanan tersusun kemas,lebih bersih (hygenic), dan makanan tidak tercemar. Membeli semasa tempoh tawaran memeng berbaloi kerana harganya yg murah,yg dah jadi ahli lagi murah. Cuma kena semak budgetlah, takut tersasar.


Pengalaman saya semasa pergi Mekah untuk menunaikan haji , saya membawa modular mate ini untuk isi makanan, ubat2an dan juga baju (baju2 kecil). Yg penting minyak2 angin dimasukkan dalam modular mate kecil supaya tak tumpah. Begitu juga bila beli minyak wangi masuk dalam modular mates supaya tak tumpah kena baju dan kena bayar dam pula. Modular mate ni kukuh, kata kawan saya yg ibunya dealer tupperware tahun 60an, modular mate susah nak rosak , hanya penutupnya sahaja yg pecah dan dapat gantian baru.

Bila Balik Msia modularmates saya guna untuk isi kurma dan macam2 barang yg dibeli. Orang lain sibuk cari kotak, kira relek jer masuk dalam tupperware. Kurma lembik pun tak pecah/penyek. Masa maklong saya pergi umrah tahun lepas, saya syor bawa modular mates, alhamdulillah mudah kerja dia.Berus gigi dan ubat gigi pun masuk modular mates round. Paling best dapat bawa rutab (kurma muda), coklat dan kacang pistacio dengan selamat. Atur modular mates dalam beg , sumbat dengan baju2 supaya padat (tak ada lompang), stedy jer beg kita.Modular mate ni ada 4 bentuk, round, square, rectagular dan oval.Setiap bentuk ada 4 ketinggian. Pilihlah yg mana suka dari katalog dan boleh juga beli yg sedang ditawarkan ini.

So sape nak hadiahkan ibubapa yg nak ke Mekah, boleh hadiahkan modular mate. Pastikan depa tahu nak tutup dgn betul. Macam2 boleh di isi, duit pun boleh. Selain modular mates amat pratikal kalau bawa Eco bottle .Sah air tak tumpah dalam beg.
Link

No comments:

Post a Comment