Wednesday, September 28, 2011

Macam mana nak jadi dealer @consultant tupperware??




Dulu ahli berdaftar tuppeware dipanggil dealer. Sekarang (mulai 2007 kalau tak silap) di panggil consultant. Ada beberapa cara anda boleh pilih:
Cara pertama:
1- Pergi sendiri ke stokis tupperware -rujuk alamat
dilaman web.
2-Beli Kit bag RM60 tunai. Didalamnya ada borang keahlian.Ada tupperware 3 biji dan ada sticker diluar plastik tupperware. keluarkan stiker tu dan lekat pada borang. Isi borang dan submit ke kaunter.
3-Maklumat ahli akan diupdate dalam komputer dan No.ID akan diberikan.Jika anda tak kenal mana2 upline/consultant pihak stokist akan masukkan anda di bawah nama consultant yg anda pun tak kenal dan dia pun tak kenal anda.
4- Beli barang tupperware berharga minima RM150 (harga ahli RM120) dalam tempoh 21 hari. sebaiknya beli pada hari yg sama supaya tak lupa.
5- Syarikat tupperware brand akan menghantar kad ahli ke alamat rumah anda dalam tempoh 2 minggu. Kalau tak dapat sila tanya kpd stokis atau call 1-300-88-5500.

Cara kedua:
1- Hantar maklumat berikut ke-email la_abwa@yahoo.co.uk :-
-Nama
-no.KP
-Alamat kediaman
-alamat surat menyurat (jika berbeza)
-no.talipon HP dan pej/rumah (jika ada)
-email address

2-Bank-in RM60 tunai/transfer ke akaun berikut
MBB 1-14150-132567 , atau
CIMB 1222-007248-52-3
Selepas bank-in SMS kan tarikh dan nama bank yg dimasukkan wang ke 019-9763340, atau selepas transter, email maklumat pindahan wang ke la_abwa@yahoo.co.uk .
No ID akan diberikan/diSMS/email kpd anda dalam tempoh 3hr dari tarikh wang masuk, insyaAllah melainkan dinyatakan dimaklumkan sebaliknya.Biasanya Pd hari yg sama atau esoknya.

3-Nama anda akan dimasukkan di bawah nama saya atau ahli2 dalam kumpulan saya. Anda akan dibekalkan dengan senaskah katalog percuma tiap-tiap bulan dan katalog promosi jika ada, insyaAllah. Hadiah tambahan percuma bernilai anggaran Rm40 juga akan diberikan bersama kitbag jika memenuhi syarat *.

4- Pilih barangan ** yg anda suka minima RM150.00 (harga ahli RM120).Bank-in wang ke akaun saya. Saya tolong beli dan pos kpd anda seberapa segera dan boleh buat serentak dengan perkara(2) di atas. Kos pos/courier bg barangan tersebut cuma Rm10.80bagi berat antara 500-2kg. Anda perlu pilih barang yg disukai, email kpd saya dan saya akan kirakan harganya termasuk pos. Tawaran harga dan kaedah bayaran tertentu akan saya beritahu melalui email kerana ia berbeza2 mengikut promosi bulanan atau apa-apa skim yg mungkin ditawarkan oleh syarikat tupperwarebrands dari masa ke semasa.

**Apa barang nak beli/dipilih??




Tupperware brand ada menawarkan tupperware kit bernilai RM332.00 dengan harga istimewa RM200 kepada ahli baru. Jadi anda perlu bayar RM270 (RM70 yuran ahli) untuk menjadi quilified recruit (ahli yg layak). Barang2nya tertera spt gambar di atas. Hampir semua jenis produk ada dlm tupperware kit tersebut :- modula mate, one touch canister, freezermate,square round, bekas air dll. Dengan RM270 anda juga boleh pilih kit kesihatan dan kit kecantikan. Terpulang kpd anda.

Tetapi saya lebih suka syor kpd anda beli brg promosi yg ada dalam katalog (selagi stok masih ada). Beli barang yag ada diskaun 10%-45%. kerana barang tersebut akan naik harga dalam katalog promosi yg akan datang.




*Hadiah percuma:


Jika anda menjadi ahli dan membeli barang pertama anda sebanyak minima RM150 (retail price) dalam bulan yg sama dan dalam satu resit ,anda layak dapat hadiah percuma bernillai lebih kurang Rm40. Barangan ini bertukar dari semasa ke semasa mengikut apa yg ditawarkan oleh biz center kpd upline anda.


Sekian dulu, selamat datang ke dunia tupperware.
Jangan lupa baca rahsia consultant tuppeware di
sini

2 comments:

  1. wonderful submit, ѵerу infoгmative. I ponder whу the other exρеrts of thіs sеctor ԁo not
    геаlizе thiѕ. Yοu muѕt ргοcеed yοuг ωгіting.
    I am confident, уou havе а grеаt геаdeгs' base already!

    Have a look at my site - Suggested Online site

    ReplyDelete
  2. Nak jadi stokes camna?modal? amirqn@yahoo.com.my

    ReplyDelete