Friday, November 25, 2011

Snowflake cubes- si comel pelbagai guna



Hujung-hujung tahun ni banyak majlis dan kenduri kendara. Ada juga organisasi dan agensi kerajaan yg buat Seminar dan brain stroming session di hujung tahun untuk menghabiskan bajet. Ramai yang beli souvenir sebagai doorgift. Majlis kenduri perkahwinan pula biasanya akan membeli bunga telur dan jajan buat ole-ole pengantin. Lihatlah apa yg selalu biasa dijadikan cenderahati. Mungkin payung, jam, mug, pen, gula-dula, kek dan macam2 lagi. Jika cenderahati yang bermanfaat, tentu hayatnya panjang.

Tetapi lazimnya bagi majlis perkahwinan, dulang-dulang hantaran dipenuhi dengan barang-barang hantaran yg merapu untuk membanyakkan dulang. Paling ketara ole-ole pengantin biasanya berupa beg kertas/plastik yg dipenuhi dengan jajan seperti sepotong kek,sugus, sumi, jeli dan air kotak. Mungkin digemari oleh kanak-kanak tetapi lazimnya menjadi bahan buangan juga akhirnya.

Mengapa tidak kita ubah paradigma dengan memberikan hadiah yg lebih berharga, tahan lama, lifetime waranty lagi. Tupperware menyediakan bekas-bekas comel pelbagai guna ini. Ianya bukan setakat cantik dimata, malah praktikal untuk macam-macam kegunaan. Nak letak sambal, coklat, pin2 baju atau sebagai bekas puding/agar2, kueh lapis atau kueh seri muka sekalipun boleh . Bekas upperware boleh di rebus dan dikukus tak ada masalah. Tentu puding-puding akan kelihatan lebih berseri ,bersih dan terhormat. Sedulang untuk bakal isteri /suami di hari pertunangan atau hari pernikahan , tentu kenangannya berpanjangan, sepanjang hayat tupperware itu. Harganya pun berpatutan, keluaran terhad bukan boleh dapat tiap2 bulan. Jadi belilah sekarang sebelum kempunan!

Sekotak mengandungi 6 biji snowflake cubes berbagai warna.
Harga sekotak RM35
Beli 4 kotak dapat 20% off/diskaun RM113.20
Tawaran sehingga 31 Disember 2011
(pepandai ler nak kongsi... saya dah dapat 4 orang nak kongsi :)... )

No comments:

Post a Comment